![]() |
||||||||||
Muka Depan Mukaddimah Visi dan Misi Carta Organisasi Galeri Bergambar Cawangan USIA Webmail USIA Pautan Utama Kerajaan Malaysia Kerajaan Negeri JHEAINS MUFTI Negeri Sabah JAKIM Halal Sabah Masjid Negeri Sabah Perbadanan Baitulmal Waktu Solat Bahagian Zakat MUIS YADIM IKIM Yusof Al-Qardawi Pers. Pengguna Islam Islam Network Share Islam ABIM JIM |
||||||||||
|
Tarikh: 13 September 2008 MESYUARAT AMT USIA...Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) pada petang khamis lepas telah mengadakan mesyuarat ahli majlis tertingginya di bangunan Ibu Pejabat (USIA) Jalan Sembulan Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai. Selepas mesyuarat tersebut diadakan majlis berbuka puasa turut diadakan bersama barisan kepimpinan tertinggi (USIA) yang turut disertai oleh Timbalan-Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,Datuk Seri Panglima Haji Ampong Puyun dan Setiausaha Agung (USIA) Haji Abdullah Hussein. Selain berbuka puasa turut diadakan sembahyang berjemaah fardu maghrib,isy dan sunat tarawih. Sakaran ketika ditemui selepas mesyuarat ini berkata mesyuarat menumpukan perbincangan bagi pertubuhan tersebut yang akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya yang ke 24 yang dijadualkan pada bulan November depan disamping membincangkan beberapa program dakwah yang bakal akandilaksanakan disamping membincangkan perlaksanaan program program ekonomi khususnya perancangan untuk memajukan tanah tanah yang dimiliki oleh (USIA) dalam sektor pertanian dan juga pembinaan ruang ruang perniagaan dimana diharapkan melalui penglibatan pertubuhan ini dalam bidang eknonomi akan dapat menyumbang kepada kedudukan kewangan pertubuhan tersebut tanpa bergantung sepenuhnya dari bantuan yang disediakan oleh kerajaan. : PERBINCANGAN...Kelihatan Tan Sri Sakaran bersama Timbalannya Datuk Lajim,Datuk Ampong, Tarikh: 19 September 2008 MAJLIS BERBUKA PUASA...Kehadiran bulan Ramadan Al Mubarak ini turut memberikan kesempatan kepada Ketua Penerangan Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong untuk bersama-sama ahli-ahli wanita (USIA) di peringkat akar umbi khususnya di bahagian Beaufort. Baru baru ini bertempat di masjid Nur Ehsan Menumbok Normilah yang diiringi oleh Ketua Wanita (USIA) Bahagian Beaufort Mariati Abdullah Ahli Jawatankuasa Wanita (USIA) Johair Matlani dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Beaufort telah menghadiri majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam di sekitar daerah Menumbok . KHYUSUK...Kelihatan Normilah,bersama Mariati,Johair dan Ruandi Tarikh: 19 September 2008 HADIRI MAJLIS BERBUKA PUASA...Bagi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Sabah Zahari Mohd.Zinin bulan ramadan memberikan kesempatan kepada beliau turun padang bertemu dengan ahli-ahli peladang dalam program berbuka puasa.Baru-baru ini Zahari telah menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Kota Klias yang mana Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menjadi tetamu kehormat di majlis tersebut, selain berbuka Zahari juga menyertai masyarakat Islam setempat sembahyang berjemaah maghrib,isya dan sunat tarawih. BERBUAL MESRA...Kelihatan Zahari berbual mesra bersama Lajim sebaik sahaja sembahyang sunat Tarawih selesai KLIK RENCANA KHAS USIA 2008 ........ ____________________________________________ Profail USIA USIA dengan rangka kerjanya yang terpilih, tetap menjalankan misi-misi dakwah dan menambahkan keahlian, sebagai satu cara membangunkan kecemerlangan umat Islam di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya. Blue Print USIA
|
|
||||||||
Hakcipta terpelihara © USIA 2007 |
||||||||||