![]() |
||
|
|
||
Muka Depan Mukaddimah Visi dan Misi Carta Organisasi Galeri Bergambar Cawangan USIA Webmail USIA Pautan Utama Kerajaan Malaysia Kerajaan Negeri JHEAINS MUFTI Negeri Sabah JAKIM Halal Sabah Masjid Negeri Sabah Perbadanan Baitulmal Waktu Solat Bahagian Zakat MUIS YADIM IKIM Yusof Al-Qardawi Pers. Pengguna Islam Islam Network Share Islam ABIM JIM
|
RENCANA USIA MEMAINKAN PERANAN MELALUI PENDEKATAN DAKWAH MENJANA MODAL INSAN CEMERLANG PITAS: Tanggungjawab untuk membentuk modal insan yang cemerlang dari segi minda dan akhlaknya khusus kepada golongan pelajar yang menjadi aset penting dalam menyediakan tenaga mahir,berilmu pengetuhan serta memiliki jatidiri yang kukuh keperibadian dari segi akhlaknya menjadi tanggungjawab semua pihak dimana peranan ini tidak hanya semata-mata dimainkan oleh kerajaan malah turut melibatkan ibubapa juga badan badan sukarela melalui pelbagai pendekatan yang berupaya membentuk dan mengerakkan golongan sasaran memahami keperluan pengisian yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menjadi modal insan yang benar benar berkualiti dari segi pemikiran dan sikapnya menghadapi pesekitaran kemajuan yang pesat membangun. Terpanggil dengan tanggungjawab ini Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) baru baru ini telah mengadakan Kem Motavasi Pelajar Islam yang disertai hampir 200 orang pelajar di dewan SMK Pitas Kota Marudu. Kem yang diadakan selama 3 hari itu memberikan tumpuan kepada program dakwah sebagai modeul kursus yang dibimbing oleh pegawai pegawai dakwah dari pertubuhan tersebut. Pendekatan program mungkin agak berbeza dengan kem Mitovasi yang pernah dikendalikan oleh pihak sekolah mahupun badan badan sukarela yang lain yang mana lebih menumpukan fokas kepada teknik dan kaedah belajar serta menjawap soalan peperiksaan sebaliknya kem yang dianjurkan oleh (Usia) ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada pembentukan sikap dan akhlak yang terpuji melalui pendekatan agama ini kerana minda yang cemerlang tanpa diisi dengan kemantapan akidah dan keluruhan moral kecermalangan yang diharapkan akan gagal dicapai. Di dalam Islam, modal insan sebenar merujuk kepada Syakhsiah Islamiyyah (keperibadian Islam). Keperibadian setiap manusia terdiri dari aqliyah (cara berfikir) dan nafsiyah (cara bersikap). Keperibadian tidak ada kaitannya dengan bentuk tubuh, perhiasan, dan yang seumpama dengannya. Semua itu hanya penampilan luaran belaka. Adalah dangkal untuk berfikir bahawa perhiasan merupakan salah satu faktor utama keperibadian atau mempengaruhi keperibadian. Islam memberikan penyelesaian berasaskan aqidah, yang dijadikan sebagai kaedah berfikir, dan di atas aqidah tersebut dibangunkan seluruh pemikiran, dan dibentuk mafahimnya (pandangannya). Ini membolehkannya membezakan pemikiran mana yang benar dan pemikiran mana yang salah. Memiliki Nafsiyah Islam bermakna menjadikan seluruh kecenderungan (muyul) bertumpu kepada asas Islam iaitu menjadikan Islam sebagai kayu ukur terhadap seluruh pemenuhan keperluan jasmani mahu pun naluri. Keunggulan Syakhsiyah Islamiyyah memang tidak dapat disangkal lagi telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkemuka yang memiliki modal insan yang cemerlang. Sejarah telah membuktikan apabila Khilafah dalam sejarah lebih 1,300 tahun kewujudannya telah melahirkan modal insan yang dikagumi seluruh pelusuk dunia. Seseorang yang dikurniakan akal yang genius sekalipun jika tidak mempunyai mabda Islam yang dipegang sebagai kayu ukur berfikir dan bertingkah laku, belum boleh digelar sebagai seorang yang bersyakhsiah cemerlang atau memiliki modal insan cemerlang. Setiausaha Agung Usia Haji Abdullah Hussein semasa menutup Kem ini berkata, usaha yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut merupakan pendekatan bagi mengisi keperluan memantapkan akidah dan akhlak pelajar yang perlu seimbang kekuatannya dari segi minda dan jiwa bukan sahaja untuk menjadi modal insancemerlang dalam bidang akademik dan cemerlang dan segi kekuatan akidahnya untuk menghadapi pelbagai cabaran negetif yang boleh menjejaskan masa depan mereka. “ Kita faham pelajar merupakan aset utama Negara, kejayaan membina modal insan cemerlang perlu dilihat dari sudut minda dan akhlaknya, bila wujud kesimbangan kekuatan ini hasrat untuk membangunkan modal insan akan mencapai matlamat yang sebenarnya” katanya. Malah menurut Abdullah menjadi tanggungjawab pertubuhan tersebut untuk membantu usaha usaha kerajaan untuk terus memperkasakan pencapaian modal insan cemerlang seiring dengan cabaran masa kini dimana pelajar berhadapan dengan pelbagai eleman negetif yang dibawa oleh arus kemajuan perlu diimbangi dengan pendidikan agama bagi mempestikan ilmu agama mereka kukuh untuk menghadapi cabaran baik semasa berada di bangku sekolah mahupun ketika mereka berada di luar sekolah. Kem yang diisi dengan pelbagai program antaranya ceremah ,forum juga memberikan kesempatan kepada pelajar mengemukakan pelabagai persoalan dan pandangan yang dapat dikongsi bersama bukan sahaja untuk pengetuhan mereka namun menjadi flaffrom bagi (usia) untuk terus melaksanakan program serupa pada masa akan datang. FORUM AGAMA….Pegawai pegawai dari Unit Dakwah (Usia) BERI TUMPUAN…Antara pelajar lelaki sedang menghayati ASET NEGARA …Pelajar Wanita SMK Pitas yang menyertai kem tersebut TAHNIAH…Abdullah ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada TUNJUK BAKAT..Pelajar pelajar SMK Pitas turut mempamirkan bakat PENGHARGAAN…Abdullah turut menyampaikan cendera kenangan kepada SUMBANGAN…Abdullah turut menyampaikan sumbangan berupa sejadah SAMBUTAN… Ketibaan Abdullah disambut Penolong Kanan Hal Murid
SMK Pitas Ustaz Ahmad Ahbrian sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut |
|
Hakcipta terpelihara © USIA 2007 |
||