Menu Utama


  • Muka Depan
  • Mukaddimah
  • Visi dan Misi
  • Carta Organisasi
  • Galeri Bergambar
  • Bahagian USIA
  • Webmail USIA


    Pautan Utama


  • Kerajaan Malaysia
  • Kerajaan Negeri
  • JHEAINS
  • MUFTI Negeri Sabah
  • JAKIM
  • Halal Sabah
  • Masjid Negeri Sabah
  • Perbadanan Baitulmal
  • Waktu Solat
  • Bahagian Zakat MUIS
  • YADIM
  • IKIM
  • Yusof Al-Qardawi
  • Pers. Pengguna Islam
  • Islam Network
  • Share Islam
  • ABIM
  • JIM


    1.0 MUKADDIMAH  


    Sebagaimana yang kita sedia maklum, menyampaikan ajaran Islam adalah suatu kewajipan kepada semua umat Islam sama ada orang perseorangan atau organisasi sebagaimana firman Allah yang bermaksud; "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik ... " (Surah An-Nahl:125). Malah tuntutan agar melakukan gerak kerja dakwah dalam bentuk yang terancang dan bersungguh-sungguh juga disebut di dalam surah Al-Saff:5 yang bermaksud: "Susungguhnya Allah suka orang yang berjuang di jalanNya dengan tersusun seolah-olah mereka itu satu binaan yang kukuh ... " Keperluan 'merancang' dakwah ini lebih ditekankan apabila kita melihat peristiwa Hijrah Rasul yang penuh dengan iktibar perencanaan dan ketelitian dalam mencapai matlamat dakwah.

    Dalam konteks semasa, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan umatnya ternyata banyak bertitik tolak dari kelemahan dalaman umat Islam sendiri yang tentunya berkait rapat dengan gerak kerja dakwah yang tidak merimbun. Berdasarkan senario inilah maka Blue-Print Memperkasa Gerakan Dakwah USIA ini dirangka sebagai wasilah untuk mencapai matlamat gerakan gerakan dakwah USIA secara khusus dan menyumbang kepada perkembangan dakwah Islam secara amnya.


    2.0 LATAR BELAKANG  


    Dalam tahun 1950 hingga awal tahun 1960, beberapa persatuan Islam telah ditubuhkan di negeri Sabah. Persatuan-persatuan Islam yang ada ketika itu ialah Persatuan Islam Putatan yang dipimpin oleh Imam Ahmad Mus Haji Ismail, Persatuan Islam Sabah, diketuai oleh Tuan Haji Yusof Shamsuddin dan Persatuan Islam Tawau, diketuai oleh OKK Zainal Kerahu.

    Pada tahun 1961, Persatuan Islam Putatan dan Persatuan Islam Sabah telah mengambil inisiatif menjemput YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun bagi mempengerusikan satu Majlis Perbincangan yang diadakan di kediaman Tuan Haji Yusof Shamsudin di Kg. Sembulan Baru, bertujuan untuk mendapat kata sepakat bagi menggabungkan persatuan-persatuan Islam yang wujud di Borneo Utara supaya menjadi sebuah persatuan yang besar dan kuat. Namun rancangan ini tergendala seketika kerana proses pembentukan Malaysia sedang berjalan rancak pada waktu yang sama di mana YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun sendiri terlibat secara aktif.

    Keputusan masyarakat Islam Sabah untuk menyertai Persekutuan Malaysia  dipengaruhi oleh kesedaran bahawa bilangan umat Islam di negeri ini jauh lebih kecil berbanding bilangan non-muslim. Oleh yang demikian, gabungan tersebut memberikan keyakinan kepada umat Islam di Sabah bahawa nasib mereka pada masa akan datang mendapat jaminan dan perhatian daripada saudara-saudara Islam di negeri-negeri lain di Malaysia.

    Tahun 1969, YAB Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun mengundang 3 persatuan tersebut dan susulannya membentuk Kongres Masyarakat Islam pada 14 Ogos 1969 di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.

    Kongres tersebut berjaya mewujudkan United Sabah Islamic Association (USIA) yang kemudiannya didaftarkan pada 10 Oktober 1969 (Ibu Pejabat awal hanya sebuah kedai di Kg. Air, Kota Kinabalu). Perasmian bangunan 4 tingkat Ibu Pejabat USIA, Jalan Sembulan telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj, pada 30 Julai 1972, bersamaan 19 Jamadil Akhir 1392H.

     

    Hakcipta terpelihara © USIA 2007